BUDI Sabah : Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2024


Untuk pelajar Sabah yang memenuhi syarat, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi, yang dikenali sebagai BUDI.

Insentif khas diberikan untuk meringankan beban pelajar Sabah yang berkelayakan dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPT serta pelajar sekolah. Pemberian ini melibatkan pelajar kelahiran Sabah yang bertujuan untuk meneruskan pelajaran.

Pengenalan Bantuan BUDI Sabah

BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.

Bagi tahun ini, bantuan ini akan terus dipertimbang dan diluluskan sehingga akhir tahun ini dengan sasaran lebih 6,000 pelajar.


Baca Juga:

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi : RM1500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM2000

Tarikh Permohonan

Pemohon yang layak kini boleh mendaftar untuk permohonan bantuan tunai one-off IPT.

Seperti tahun sebelumnya, pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pelajar adalah warganegara Malaysia berasal daripada Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun serta ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40.
  • Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta pada tahun 2024 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia dan Luar Negara.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Surat Beranak (Pemohon & ibu dan bapa), Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu dan bapa), Slip Gaji ibu dan bapa/Surat Pengesahan Bekerja, Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Kemasukan daripada Institusi Pengajian pemohon.
  • Bantuan sebanyak RM 1,500 bagi Peringkat Pengajian Diploma/Asasi dan Matrikulasi manakala RM 2,000 untuk Ijazah Sarjana Muda.
  • Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) secara atas talian (online) sahaja di pautan https://budi.sabah.gov.my/.
  • Permohonan yang diluluskan, sumbangan one off akan disalurkan ke akaun SSPN melalui PTPTN.

Cara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI Sabah

Pelayar yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut : https://budi.sabah.gov.my/

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan surat beranak (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan kad pengenalan/sijil cerai/sijil kematian (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.

Post a Comment

0 Comments