Mengapa Penerima BPN Bujang Ada Yang Terima RM500 dan RM800?


Melihat kepada Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bernilai RM250 bilion seperti yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan telah menjelaskan berkenaan pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi mereka yang layak.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pembayaran BPN akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020. Menurut laporan, semakan status dan permohonan baru boleh dilakukan pada 01 April 2020. Namun, individu yang mempunyai rekod BSH atau pembayar cukai LHDN tidak perlu lagi melakukan permohonan.

Permohonan bagi kategori Bantuan Individu Bujang telah dibuka. Ikuti perkongsian di bawah bagi mengetahui dua kategori individu bujang yang perlu mendaftar permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Permohonan yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM800 dan RM500 mengikut kategori.

Dua kategori bujang yang perlu melakukan pendaftaran BPN

Mereka yang layak menerima bantuan bagi kategori bujang telah ditetapkan untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja. Manakala, bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah adalah tidak layak untuk melakukan permohonan bagi kategori ini.

Terdapat dua kategori yang bakal menerima manfaat dan bantuan dengan jumlah yang berbeza.

Pendapatan RM2000 dan ke bawah
  • Bagi mereka yang bujang dan berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 dan ke bawah, anda layak untuk menerima bantuan sebanyak RM800. Bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada bulan akhir April dan bulan Mei 2020. Individu dikategori ini adalah dianggap sebagai bujang golongan B40.
Pendapatan RM2001 hingga RM4000
  • Bagi mereka yang bujang dan berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM4000 adalah tersenarai dalam bantuan bagi bujang dalam golongan M40. Bujang dalam kategori ini bakal menerima manfaat dan bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar mengikut dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Mengapa penerima BPN bujang ada yang terima RM500 dan RM800?

Persoalan mengapa ada yang menerima RM500 dan RM800 adalah kerana ianya telah ditetapkan mengikut kategori oleh pihak kerajaan. Sekiranya anda bergaji melebihi RM2001 sebulan maka anda hanya layak untuk menerima RM500 bagi pembayaran BPN kali ini. Sila rujuk pada kategori pemohon di atas.

Post a Comment

0 Comments