Info Pendidikan
Cara Daftar Online Murid Tahun 1 Sesi 2021 / 2022 di Seluruh Negara
Permohonan Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan 2021 Dan 2022 Online Dan Manual. Memasuki Darjah 1 (Tahun Satu) adalah permulaan buat murid Sekolah Rendah selepas tamatnya Prasekolah. Bagaimana cara daftar murid ke Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2014 dan 2015. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2021 dan 2022 boleh dilakukan pada bulan 1 Mac sehingga 30 April 2020. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online untuk sekolah di Semenanjung Malaysia.
Manakala untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bermula tahun 2018 pemohon boleh membuat pendaftaran secara online tidak seperti sebelumnya dimana perlu datang / hadir sendiri (walk-in) ke sekolah berkenaan untuk mendaftar.
Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2021 Dan 2022 Online akan di buka secara online bermula dari 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – public.moe.gov.my). Ianya adalah untuk Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2021 / 2022 Online
Berikut dikongsikan panduan dan cara dalam membuat permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2021/ 2022 secara online untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.
Tempoh Pendaftaran Murid Tahun 1 Online (Atas Talian)
Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka seperti ketetaoan berikut :-
Murid Yang Layak Mendaftar Kemasukan Tahun 1 2021/ 2022
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2021)
- 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 (Sesi persekolahan tahun 2022)
Pendaftaran murid Tahun Satu (1) boleh dibuat seperti berikut
i) Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan
Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-
Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-
- Layari laman SPATKPM
- Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan berikut :-
- DAFTAR PENGGUNA.
- Manual Pengguna SPATKPM (Cara daftar, kata laluan)
- Maklumat prasekolah/ tadika
- Profil kesihatan
- Rekod imunisasi kanak-kanak
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu dalam masa 14 hari. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-
- Cetakan borang permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 online:-
- Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
- Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
- Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
- Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
- Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
- Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
- E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia, klik JPN
Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2021-2022
Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Ogos 2020 (Tarikh akan dikemaskini). Tarikh-tarikh penting dan pautan semakan boleh dirujuk di Cara semak keputusan pendaftaran ke Tahun 1 secara online.
Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memeberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.
Diucapkan selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2021/ 2022 secara online atau manual. Semoga pendaftaran yang dibuat berjaya.
Kredit : Permohonan.my
Post a Comment
0 Comments